Abstract
Malay (macrolanguage) Basal stem rot (BSR) is a devastating disease to Malaysian oil palm. Current techniques employed for BSR disease detection on oil palm are laborious, time consuming, costly, and subjected to accuracy limitations. An ergosterol detection method was developed, whereby it correlated well with the degree of infection in oil palm. This current study was designed to study the relationship between Ganoderma biomass, ergosterol concentration, BSR disease progress and to validate the efficiency of microwave assisted extraction (MAE) method for extraction of ergosterol compound. In addition, testing on the sensitivity of thin layer chromatography (TLC) analysis for detection of ergosterol was also the aim of this study. The optimised procedure involved extracting a small amount of Ganoderma-infected oil palm root tissues suspended in low volumes of solvent followed by irradiation in a conventional microwave oven at 70°C and medium high power for 30 s, resulting in simultaneous extraction and saponification. Based on the results obtained, MAE method may be effective in extracting low to high yields of ergosterol from infected oil palm roots demonstrating disease scale 2, 3 and 4. Positive relationship was observed between ergosterol content and inoculation period starting day 3 in the inoculated oil palm seedlings and hour 6 in germinated seeds. TLC analysis demonstrated a good correlation with high performance liquid chromatography (HPLC) quantification. Therefore, a semi-quantitative TLC analysis may be applied for handling a large amount of samples during onset field survey. Reput pangkal batang (BSR) adalah penyakit yang membawa kemusnahan kepada industri sawit di Malaysia. Teknik semasa yang digunakan bagi mengesan penyakit BSR pada sawit adalah sukar, memakan masa, mahal, serta mempamerkan kadar ketepatan yang terbatas. Oleh itu, kaedah pengesanan ergosterol patogen telah dibangunkan, di mana ia berkorelasi baik dengan tahap jangkitan pada sawit. Kajian ini direka bagi mengkaji hubungan di antara jisim Ganoderma, kepekatan ergosterol, perkembangan penyakit BSR dan untuk mengesahkan kecekapan kaedah pengekstrakan berbantukan ketuhar gelombang mikro (MAE). Di samping itu, ujian terhadap kepekaan analisis plat kromatografi lapisan nipis (TLC) bagi pengesanan ergosterol juga merupakan tujuan kajian ini. Prosedur yang telah dioptimumkan melibatkan pengekstrakan sejumlah kecil tisu akar sawit yang telah dijangkiti patogen Ganoderma yang diampai dalam pelarut dengan isipadu rendah. Ini diikuti oleh penyinaran dalam ketuhar gelombang mikro konvensional pada suhu 70°C dan kuasa sederhana tinggi selama 30 s, menghasilkan pengekstrakan dan saponifikasi secara serentak. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, kaedah MAE mungkin berkesan dalam mengekstrak ergosterol daripada kuantiti tisu sawit yang sedikit tetapi mampu menunjukkan tahap penyakit sawit dari skala 2, 3 dan 4. Hubungan positif diperhatikan di antara kandungan ergosterol dan tempoh inokulasi bermula hari ke-3 dalam benih sawit yang telah diinokulasi dan 6 jam selepas inokulasi bagi benih yang telah bercambah. Analisis TLC telah menunjukkan korelasi yang baik dengan kuantiti kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC). Oleh itu, analisis separa kuantitatif TLC boleh digunakan untuk mengendalikan sejumlah besar sampel semasa tinjauan di lapangan.
