Abstract
Abstract in English, Malay (macrolanguage) Rhamnolipid has gained much attention in various fields owing to its distinctive functional properties compared to conventional chemical surfactants, which are mostly derived from petroleum feedstock. Production cost is one of the main challenges in rhamnolipid production, particularly when using refined substrates. One possible solution is to use agro-industrial wastes as substrates for rhamnolipid production. This is a promising strategy due to their abundance and commercially low value, while simultaneously alleviating an agro-industrial waste management problem in the environment. This study aims to evaluate agro-industrial wastes from local crops as possible low-cost alternative substrates for rhamnolipid production by a local isolate, Pseudomonas aeruginosa USM-AR2. Various liquid wastes, namely sugarcane molasses, rice washing water, overly mature coconut (OMC) water, empty fruit bunch (EFB) steam effluent, palm sludge oil (PSO) and palm oil mill effluent (POME) were screened as the main carbon source supplementing mineral salt medium (MSM) in the fermentation of P. aeruginosa USM-AR2. Batch fermentation was carried out in a shake flask system, agitated at 200 rpm and incubated at room temperature, 27 ± 2°C for 120 h. Among the substrates tested, PSO exhibited the highest biomass at 20.78 g/L and rhamnolipid production at 1.07 g/L. This study has shown the potential of agro-industrial wastes in Malaysia as an alternative resource for rhamnolipid production, transforming them into value added products, while reducing the amount of wastes discharged into the environment. Rhamnolipid telah menjadi tumpuan pelbagai bidang disebabkan fungsi dan ciri-ciri tersendiri berbanding surfaktan kimia konvensional yang kebanyakannya diperoleh daripada sumber petroleum. Kos penghasilan merupakan salah satu daripada cabaran utama dalam penghasilan rhamnolipid, terutamanya apabila menggunakan substrat terproses. Salah satu penyelesaian adalah dengan menggunakan sisa agro-industri sebagai substrat untuk penghasilan rhamnolipid. Ini merupakan strategi berpotensi berdasarkan jumlahnya yang banyak dan nilai komersial yang rendah, di samping mengurangkan masalah pengurusan sisa agro-industri dalam alam sekitar. Kajian ini bertujuan untuk menilai potensi sisa agro-industri daripada tanaman tempatan sebagai substrat alternatif kos rendah untuk penghasilan rhamnolipid oleh pencilan tempatan, Pseudomonas aeruginosa USM-AR2. Pelbagai sisa cecair iaitu molases tebu, air basuhan beras, air kelapa tua, wap efluen tandan kosong (EFB), enap cemar minyak sawit (PSO), dan efluen kilang kelapa sawit. (POME) telah disaring sebagai sumber karbon utama yang melengkapi medium garam mineral untuk fermentasi P. aeruginosa USM-AR2. Fermentasi kelompok telah dijalankan di dalam sistem kelalang goncangan, diaduk pada 200 rpm dan dieram pada suhu 27 ± 2°C selama 120 jam. Antara substrat yang telah diuji, enap cemar minyak sawit menunjukkan biojisim tertinggi pada 20.78 g/L dan penghasilan rhamnolipid sebanyak 1.07 g/L. Kajian ini menunjukkan potensi sisa agro-industri di Malaysia sebagai sumber alternatif untuk penghasilan rhamnolipid, mengubah sisa agro-industri kepada produk dengan nilai tambah di samping mengurangkan jumlah sisa yang dilepaskan ke alam sekitar.
